Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran memberi jaminan bahawa partinya akan mengerahkan jentera parti untuk turut sama menyokong Pakatan Harapan selain Barisan Nasional di dalam pilihan raya negeri.
“Kita akan menyokong calon kerajaan perpaduan di dalam PRN. Kita akan gerakkan jentera di semua peringkat di empat negeri,” kata Vigneswaran dalam sesi perjumpaan khas pimpinan MIC dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menambah bahawa MIC dan parti Makkal Sakthi Malaysia akan turut bekerjasama dalam hal ini.
MIC di persimpangan
Terdahulu beliau secara terbuka berkata parti yang mewakili kepentingan masyarakat India berada di persimpangan.
“Kita berada di persimpangan dan kita tidak dapat membuat keputusan. Apa peluang kita dalam pilihan raya umum ke – 16?
Beliau menambah Anwar sepatutnya mempertimbangkan MCA atau MIC untuk jawatan kabinet.
“Kita berada dalam kerajaan perpaduan tetapi kita dianaktirikan.”
Adakah salah kita kerana kita hanya ikut abang kita?” katanya merujuk kepada UMNO.
Kita hanya mahu satu jawatan menteri dan satu exco di sesetengah negeri.
Beliau turut melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap rundingan kerusi untuk pilihanraya negeri yang akan berlangsung pada 12 Ogos.
“Rundingan kerusi tidak mencerminkan jangkaan. UMNO bergaduh demi kerusi.”
Vigneswaran turut menyatakan mereka terpaksa mengorbankan kerusi Jeram Padang, Negeri Sembilan kerana tidak berpeluang untuk bertanding di negeri lain