Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah berjaya mendapatkan injunksi sementara yang melarang pengarah pilihan raya Perikatan Nasional Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dari menyatakan apa saja kenyataan terhadap beliau.
Menurut peguamnya, Datuk SN Nair, permohonan injunksi sementara telah difailkan oleh Anwar dan pendengarannya berlaku semalam di depan hakim Mahazan Mat Taib.
Hakim telah meluluskan permohonan injunksi tersebut.
Perintah injunksi telah diserahkan kepada pasukan peguam Sanusi hari ini.
Injunksi sementara ini melarang Sanusi mengulangi, menyebut dan menerbitkan kenyataan di mana-mana ceramah, majlis, temuramah, hantaran atau penerbitan di dalam media terhadap Anwar.
Sekiranya Sanusi melanggar injunksi ini, perbuatannya bersamaan dengan menghina mahkamah dan boleh dihadapkan ke mahkamah