Sorting by

×
TANJONG KARANG, 19 Julai -- Perdana Menteri Datus Seri Anwar Ibrahim berucap ketika hadir ke Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa Tanjong Karang hari ini. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Hantar Berita Ini:

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin memberi keutamaan kepada perkara salah dan ini dibuktikan dengan projek baik pulih, Seri Perdana yang masih cantik, dakwa Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Seri Perdana ini memang macam istana. Tahu tak berapa dia (kos) perbaiki? RM38 juta… Sekarang diam, di mana ustaz-ustaz Pas?

“Cuba beritahu saya, antara orang tak cukup makan, orang tak ada kerja, Orang Kurang Upaya (OKU), orang miskin, kamu pilih RM38 juta untuk buat rumah. Allahu Akbar apa jenis manusia? Bercakap bukan main,” katanya ketika berucap semasa program Ceramah Arus Merah Kuning di Subang Bestari pada malam tadi.

Jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu lagi, beliau bersedia membawa anak-anak muda untuk melihat sendiri keadaan Kompleks Seri Perdana itu, jika ada yang masih tidak faham.

“Kamu (anak muda) kerja pun tidak. Orang bagi RM1, kerja kamu maki orang, buat apa? Kerja pun tak ada.

“RM38 juta baiki rumah Perdana Menteri yang memang dah cantik. Tukar karpet… RM80,000. Tukar lukisan… lukisan cantik-cantik, tukar lagi. Syarikat, tahu lah anak pinak pun campur…

“Tukar lagi lampu… dah cantik, tukar lagi. Tukar-tukar dah berapa, RM38 juta…,” tambah Anwar.

Pada 30 September 2021, Muhyiddin dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa RM38.5 juta yang diluluskan di bawah pentadbirannya untuk kerja-kerja ke atas Seri Perdana adalah BAGI membaik pulih kerosakan fizikal bangunan itu, bukannya sekadar pengubahsuaian.

Katanya, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac 2020, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung kerosakan fizikal Seri Perdana.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menambah, jika tidak dibaik pulih segera, bangunan warisan kerajaan itu akan mengalami kerosakan yang lebih teruk pada masa hadapan dan kos membaik pulih dijangka meningkat.

Sementara itu, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang pada 28 September 2021 berkata, pengubahsuaian Seri Perdana dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan, selain memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara.