Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Dua parti komponen Perikatan Nasional – PAS dan Gerakan – bercakaran di antara satu sama lain berhubung kerusi yang diperuntukkan dalam pilihan raya.

AJK Jabatan Pilihan Raya PAS Anas Soffy Abd Wahid mendakwa pengerusi Perikatan Nasional Dominic Lau yang juga presiden Gerakan telah mungkir janji dengan bertanding di kerusi majoriti Melayu.

Lau turut dituduh berbuat demikian kerana takut berdepan dengan DAP.

“Beliau takut mengumumkan bertanding di Bayan Lepas ketika pengumuman calon PN di Pongsu Seribu (Rabu lalu) kerana terang-terang telah memungkiri janji dengan pimpinan PN Pulau Pinang.

“Beliau mahu bertanding di DUN majoriti Melayu kerana takut berhadapan DAP,” katanya dalam kenyataan.

Pencalonan Lau di Bayan Lepas menjadi misteri baru- baru ini kerana nama beliau berada dalam senarai yang diedarkan tetapi tidak diumumkan.