Kurang setengah jam setelah allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub disembahyangkan di masjid, seorang pemimpin Perikatan Nasional telah menawarkan diri untuk bertanding di Pulai.
“Kalau saya tanding PRK Pulai ok tak?” ciap presiden Gerakan Dominic Lau.
Salahuddin ialah Ahli Parlimen Pulai dan ADUN Simpang Jeram.
Lau kemudian memadamkan ciapannya tetapi tangkap layar ciapannya tular.
Salahuddin telah mengekalkan kerusi Pulai untuk penggal kedua dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 33, 174 undi semasa pilihan raya umum tahun lalu.