Sorting by

×

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub, 62 tahun, telah disahkan mengalami pendarahan otak.

Beliau kini menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Perkara ini diumumkan oleh setiausaha akhbar menteri, Syakirin Husnal, dalam satu kenyataan media.

Salahuddin dikejarkan ke unit kecemasan hospital malam tadi setelah muntah dan mual.

Beliau merupakan timbalan presiden Amanah dan Ahli Parlimen Pulai. Beliau juga ADUN Simpang Jeram di Johor.

Selain itu beliau juga pengerusi Pakatan Harapan Johor.

Seusai pembedahan beliau telah dimasukkan ke unit rawatan rapi.