Sekumpulan anak muda dari gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional berdemonstrasi di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam seusai solat Jumaat hari ini bagi mempertahankan institusi raja di Selangor.
Demonstrasi tersebut bertujuan membantah tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor yang memperlekehkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam ceramah baru-baru ini. Sanusi turut merendahkan nama
“Kami memberikan amaran kepada Sanusi jangan ulangi lagi tindakan itu. Kami mendesak pihak berkuasa agar mengambil tindakan ke atas Sanusi,” kata jurucakap mereka.
Ekoran itu Sanusi telah didakwa dua kali dibawah seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948.
Jika sabit kesalahan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.