Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak bekas setiausaha agung partinya Tan Sri Annuar Musa yang menafikan usaha pengharaman UMNO oleh pimpinan parti Bersatu.
“Saya nak bagi tahu Annuar Musa, kamu tahu apa? Kamu jadi setiausaha agung pun, saya lantik tahu, sebab kamu kalah timbalan presiden.
“Hati kamu lebih ke sana. Bila kita adakan Permuafakatan Nasional dan Penyatuan Ummah, hati kamu sudah ke sana bukan kat UMNO. Jangan berceritalah lagi yang kononnya yang saya dan kepimpinan tak tahu.
“Kamu seorang yang tak tahu sebab hati kamu tidak bersama dengan UMNO walaupun kamu setiausaha agung UMNO.
“Lepas itu kamu setiausaha agung Barisan Nasional. Inilah jenis orang yang tidak tahu mengenang jasa. Bila kaduk naik junjung, inilah…
Semalam Annuar yang pernah menjadi setiausaha agung UMNO menafikan bahawa terdapat usaha mengharamkan UMNO oleh mantan – mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Mahiaddin Yassin.
Annuar kini ahli PAS.
Isu percubaan pengharaman UMNO telah dibangkitkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar semasa siri Jelajah Madani di Kedah dan Pulau Pinang.