Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Isu pertindihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang antara Pakatan Harapan dan Barisan sudah diselesaikan, kata timbalan presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Di Negeri Sembilan ada dua kerusi bertindih sebelum ini, dua di Selangor dan satu di Pulau Pinang yang mana keputusan muktamad diserahkan kepada Majlis Presiden.

“Tunggulah Pengerusi Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan umumkan, kita anggap sudah selesai,” Mohamad dipetik berkata oleh Berita Harian.

Dalam masa sama, Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) itu menegaskan Umno wajib memenangi semua kerusi ditandingi terlebih dahulu di dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos.

Reaksi Timbalan Pengerusi BN itu susulan dakwaan Umno mahukan kerusi Timbalan Menteri Besar di Selangor dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurutnya, Umno bagaimanapun perlu memenangi semua kerusi ditanding di Pulau Pinang dan Selangor.

“Kalau Umno menang semuanya dan mohon jawatan itu pun tidak ada salahnya kerana kita sudah bersama dalam Kerajaan Perpaduan,” tambahnya lagi.