Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Adun Chennah Anthony Loke Siew Fook mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan kedudukannya di Chennah berdasarkan kepada peratus sokongan tinggi yang diterima beliau dan senario politik semasa.

Memetik tinjauan, Loke berkata 70 peratus pengundi di kawasan itu menyokongnya untuk terus mewakili mereka.

“Sudah tentu sokongan tertinggi adalah dalam kalangan masyarakat Cina iaitu 90 peratus.

“Tetapi apa yang turut mendorong saya ialah mengikut hasil tinjauan, saya mendapat sokongan padu di kalangan pengundi Melayu dengan penilaian kelulusan lebih 50 peratus,” katanya kepada pemberita di Jelebu hari ini.

Loke yang juga pengerusi DAP Negeri Sembilan turut berkata bahawa beliau mendekati penduduk setempat selama menjadi wakil rakyat selama 10 tahun

“Saya telah berkhidmat kepada mereka dengan sepenuh hati, dan saya ingin membuktikan bahawa walaupun saya menentang calon PN (Perikatan Nasional), saya boleh menang dan saya berharap untuk menang – bukan sahaja di kalangan pengundi Cina, tetapi juga pengundi Melayu,” katanya yang juga ahli parlimen Seremban dan Menteri Pengangkutan.

Mohamad Hasan di Rantau

Dalam perkembangan berkaitan timbalan presiden Umno Datuk Mohamad Hasan memaklumkan bahawa beliau akan bertanding di Dun Rantau.

Dun Rantau, sayalah yang bertanding kerana ramai yang mahukan saya bertanding mewakili mereka di Rantau. Saya akan buat keputusan sewajarnya sebelum 29 Julai… Tapi setakat ini tiada siapa yang mahu,” katanya.

“Tapi yang sahnya tunggu sampai 29 Julai ini. Tapi setakat hari ini, calon-calon yang kita tonjolkan semua menolak dan kebanyakan rakyat atau pengundi Dun Rantau juga mahu saya wakili mereka.

Mohamad juga ialah Menteri Pertahanan dan ahli parlimen Rembau.

Pilihan raya akan berlangsung pada 12 Ogos membabitkan enam negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.