Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari menyambut baik kemasukan pelaburan syarikat Tesla yang akan membuka ibu pejabat, pusat servis dan pusat pengalaman di Selangor.

Beliau menyifatkannya sebagai keyakinan pelabur terhadap pentadbiran sedia ada dan peluang untuk meneroka industri tenaga bersih.

“Kehadiran Tesla di Selangor menggambarkan keyakinan komuniti pelabur terhadap pentadbiran ini dan bakal menggalakkan lebih banyak syarikat antarabangsa yang menceburi bidang teknologi bateri untuk melabur di Selangor, serta meningkatkan keinginan generasi muda untuk mendalami bidang teknologi tinggi khusus dalam industri tenaga bersih.

Ini bukan sahaja penting dalam industri kereta persendirian tetapi juga penggunaan bateri tenaga bersih dalam industri pengangkutan awam sepeti rel, bas dan van.

Pagi ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan menerusi sidang video dengan ketua pegawai eksekutif Tesla, Elon Musk.

Selain itu Amirudin melihat perkembangan ini selaras dengan usaha menjadikan Selangor sebagai negeri dengan kemudahan 5G paling cekap di Asia Tenggara.

“Perkembangan ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Selangor sebagai negeri fasiliti 5G paling cekap di Asia Tenggara sebagai antara asas untuk menarik lebih ramai pelabur dari dalam dan luar negara yang menawarkan peluang pekerjaan bergaji lebih tinggi kepada orang Selangor khususnya.”