Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menempelak pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin merangkap Ahli Parlimen Pagoh sebagai pemimpin yang tidak boleh diharap dalam isu pelupusan hutang Felda.

“Kadang-kala, apabila saya mendengar kenyataan daripada Muhyiddin, bagi saya ianya tidak boleh diharap,” kata menteri komunikasi dan digital itu ketika ditemu bual FMT.

“Dia boleh kata kepada orang ramai yang dia dah tandatangan contohnya dokumen tentang pelupusan hutang Felda… tapi soalan asas di situ ialah kamu tandatangan atau tidak?” katanya, merujuk kepada hutang berkait Felda.

“Jawapannya ialah kamu tidak tandatangan (dokumen pelupusan), kamu tak boleh diharap.”

“Jadi bagi saya, sebelum Mahiaddin berkata apa-apa kepada mana-mana pihak yang lain, lihatlah dalam cermin wajah Tan Sri yang tak boleh diharap,” katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan Mahiaddin melupuskan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion ketika menjadi perdana menteri. Mahiaddin membuat pengumuman tersebut pada Julai 2021.

Mahiaddin turut mempertikaikan pengumuman Anwar dengan memetik kenyataan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said di Parlimen.