Sorting by

×

Sekutu Jho Low dan bekas pegawai 1MDB yang kini berada dalam tahanan polis, Jasmine Loo Ai Swan mahu membantu pihak polis mendapatkan semula aset 1MDB dan bersatu semula dengan keluarganya, kata para peguam yang mewakili Loo.

“Dia juga ingin bersatu semula dengan keluarganya secepat mungkin,” kata peguam Edmund Bon dan Amer Hamzah Arshad dalam satu kenyataan hari ini.

“Anak guam kami sentiasa menganggap Malaysia sebagai kampung halamannya.

“Apabila sesuai, dia akan mendedahkan fakta dan keadaan semasa tahun-tahun dia meninggalkan Malaysia,” kata mereka lagi.

Mereka turut berkata Loo memberi kepercayaan penuh kepada sistem perundangan dan kehakiman Malaysia dan berdepan “semua perkara sewajarnya”.

Mereka juga berkata Loo minta diberi ruang untuk “melakukan apa yang perlu”.

Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan penahanan Loo di IPD Dang Wangi.