Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Setiausaha agung Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan hanya dua atau tiga kerusi sahaja yang belum dimuktamadkan dari sejumlah 246 kerusi DUN yang akan dipertandingkan di enam negeri pada 12 Ogos.

“Minggu lepas ada sembilan untuk dibahagikan tapi malam tadi cuma ada dua atau tiga kerusi sahaja,” kata Saifuddin yang juga adalah Menteri Dalam Negeri semasa sidang akhbar di kementeriannya tengahari tadi.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pembahagian kerusi melibatkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional telah pun dimuktamadkan.