Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kerajaan persekutuan bercadang mengetengahkan model gaji progresif yang akan mewajibkan kenaikan gaji tahunan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Peningkatan gaji adalah di antara janji pilihan raya umum Pakatan Harapan.

Rafizi bagaimanapun mengakui dasar tersebut akan ditentang oleh golongan majikan.

“Kita akan mengetengahkan kertas dasar untuk model gaji progresif awal Ogos dan ini mungkin perkara paling tidak popular yang saya ambil sebagai menteri kerana tiada (majikan) yang akan bergembira, terutamanya peguam (kanan) kerana… tiada siapa yang mahu meningkatkan upah,” kata Rafizi.

“Dasar upah progresif tidak sahaja bermakna kenaikan progresif setiap tahun. Ia juga bermakna kenaikan tahunan perlu diterima dalam ekonomi.

“Ini bermakna dalam kalangan rakan kongsi kanan dan baru, perlu diselaraskan,” katanya.