Sorting by

×

Setiausaha eksekutif Majlis Ulama UMNO Khairuddin Aman Razali membidas dakwaan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang menyifatkan kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar sebanyak 5.9 peratus itu sebagai petunjuk kepada kejayaan PAS.

“Apabila Menteri Besar berkongsi pertumbuhan dan kenaikan peratusan KDNK Terengganu pada 2022 sebanyak 5.9 peratus, semua media PAS dan pengikutnya bersorak gegak gempita di media sosial kerana ia kononnya menjadi petunjuk kejayaan PAS di Terengganu membangunkan ekonomi negeri. Tapi benarkah begitu?

“Fakta tidak berbohong! Hanya mpat negeri mengatasi kadar pertumbuhan nasional pada 2022,” katanya.

“Sebenarnya pertumbuhan dan peningkatan KDNK Terengganu pada 2022 yang dibangga-banggakan itu adalah ke lima tercorot berbanding 13 negeri lain,” kata Khairuddin menerusi satu hantaran Facebook.

Khairuddin menambah Terengganu berada di kedudukan ketiga tercorot dalam tiga tahun terakhir sejak 2020 hingga 2022.

Tiga negeri yang mencapai KDNK tertinggi adalah Pulau Pinang (13.1%), Selangor (11.9%) dan Pahang (10.8%).

Berdasarkan data dari Jabatan Statistik (DOSM) Khairuddin turut menyatakan bahawa nilai KDNK yang dicapai Terengganu untuk tahun 2020 dan 2021 ialah RM33.9 dan RM35.152 bilion.