Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Skim gaji perkhidmatan awam akan dikaji semula, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbincangan mengenai perkara ini akan dibawa ke mesyuarat kabinet minggu depan.

Kenaikan terakhir diterima sektor perkhidmatan adalah susulan semakan sedekad yang lalu.

“Kita akan bentangkan kepada Jemaah Menteri supaya diberikan kelulusan, maka Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Dr Zulkapli Mohamed) dan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali), dah kemukakan pandangan kepada saya untuk memulakan pasukan mengkaji dan saya sudah bersetuju (dengan cadangan itu).

“Secara keseluruhannya, upah dan gaji penjawat awam masih di tahap yang terendah dan sangat wajar diberikan pertimbangan walaupun terikat dengan kekangan kewangan yang ada, tapi saya fikir sedikit perubahan kita boleh cari jalan supaya boleh beri (kelulusan),” katanya.

Bagaimanapun, PM Anwar tidak mahu memberikan berapa jumlah kenaikan yang akan diberikan.

“Berapa peratus itu terlalu awal untuk komen, tetapi harus ada… ini kerana (gaji) tidak setimpal dengan kerja, kadang-kadang mereka buat kerja lebih masa… kalau rekod sepertimana kita lihat sekarang pelaburan lebih pantas dan laju, saya bagi jaminan, insya-Allah kita boleh kaji semula skim berkenaan,” kata beliau.