Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Langkah perlindungan pesara baru akan diumumkan ekoran dari keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa pindaan yang melaraskan bayaran pencen dengan dua peratus adalah tidak berperlembagaan.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Kita akan mengusahakannya. Kita perlu hormati keputusan Mahkamah Persekutuan. Kita mempunyai mekanisme untuk melindungi pesara dan akan mengumumkannya tidak lama lagi,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023 di Kuala Lumpur.

Keputusan oleh Mahkamah Persekutuan itu telah dibuat pada 27 Jun.

Menjawab persoalan lain, Anwar turut berkata bahawa beliau terbuka kepada cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menjadikan pilihan pengeluaran secara berkala atau bulanan apabila mencecah usia persaraan 55 tahun, yang ketika ini adalah secara sukarela kepada mandatori bagi ahli baharu pada masa depan.

“Saya tidak ada keberatan,” kata Anwar.