Ramai yakin, rakyat Selangor tidak rela negeri mereka di’Kelantan’kan sebagaimana usaha yang sedang dibuat oleh Perikatan Nasional (PN) terutama pemimpin Pas di negeri itu sekarang.
Ia berikutan kenyataan pemimpin Pas Selangor yang berkata, rakyat Selangor perlu menjadikan Kelantan sebagai model negeri mereka.
Ia dibuktikan dengan sambutan rakyat Selangor terhadap program pelancaran jentera Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Taman Medan, Petang Jaya malam tadi.
“Walaupun hujan menyebabkan padang becak namun ia sedikit pun tidak melemahkan semangat masyarakat Taman Medan untuk hadir di majlis perlancaran jentara pilihan raya bagi Dun Taman Medan malam tadi.
“Kemeriahan sambutan itu memberi gambaran masyarakat Selangor khasnya di Taman Medan tidak sabar² untuk melihat PH berkuasa di Selangor untuk penggal keempat,” tulis penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar.
Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Nor Adam memberikan ingatan kepada rakyat Selangor tentang usaha meng’Kelantan’kan Selangor ini.
“Takkan kita mahu lihat negeri maju macam Selangor ini di’Kelantan’kan sehingga sampah merata-rata, pengurusan air hancur sehingga rakyat terima air teh tarik, stesen bas pun tidak mampu bina dan lain-lain lagi.
“Yang untung anak beranak dia dapat pekerjaan dalam badan-badan kerajaan,” katanya.
Bagi Sayuti, segala macam projek pembangunan dan kebajikan dilaksanakan kerajaan PH dibawah pimpinan Amiruddin Shari menjadikan rakyat Selagor rasa terbela dan dipedulikan dan teruja untuk hadapi pilihan raya.
Peluncuran jentera pilihan raya untuk Taman Medan disempurnakan oleh timbalan presiden Keadilan Rafizi Ramli bersama naib presiden yang juga MB Selangor Amiruddin Shari.
Dalam ucapannya Amiruddin membayangkan keyakinan Selangor akan kekal dibawah PH apa lagi kini disokong BN.
Mengenai pembangunan dan kemudahan dan kebijikan untuk rakyat disedia kerajaan adalah terbaik antara faktor kenapa rakyat mahu kekalkan kerajaan sedia ada.
Menurutnya tidak ada negeri lain mengambil berat kepada rakyat seperti dilaku kerajaan Selangor.
Sebagai contoh kerajaan Selangor memberi perlindungan insuran kepada semua rakyat Selangor berjumlah 6 juta.
Skim ini hanya dilaksana di negeri Selangor tiada di mana mana negeri.
“Bukan sahaja negeri di Malaysia negara di Asia juga tiada,” kata Sayuti dalam tulisannya.