Empat kelebihan permohonan projek kecil di bawah Inisiatif Kemudahan Rakyat
- Permohonan projek dikemukakan terus kepada Kementerian Ekonomi dan tidak lagi menerusi agensi perantara lain.
- 2.Permohonan dibuat secara dalam talian dari pautan laman sesawang Kementerian Ekonomi (https://ikr.ekonomi.gov.my). Sertakan maklumat berikut di dalam permohonan tersebut :
- i. Nama pemohon
- ii. Alamat
- iii. No. K/P
- iv. E-mel
- v. Nama projek dengan anggaran kos projek yang dimohon
- vi. Lokasi projek/koordinat
- vii. Skop permohonan projek
- viii. Cadangan agensi pelaksana
- ix. Gambar lokasi/keadaan semasa projek
- Permohonan boleh dibuat menerusi peranti elektronik seperti telefon pintar anda.
- Agensi kerajaan yang terlibat sahaja yang akan menentusahkan dan melawat projek sebelum kelulusan diberikan.
Berikut adalah ciri-ciri projek kecil yang diluluskan di bawah IKR.
i. Projek infrastruktur kecil dengan manfaat segera kepada rakyat setempat/masyarakat umum;
ii. Kos projek tidak melebihi RM200,000.00;
iii. Projek hendaklah dapat dilaksanakan dalam tahun semasa, memenuhi ciri-ciri best value for money, tiada elemen bermewah-mewah (nice to have) dan amat diperlukan untuk kepentingan/kegunaan umum (must have);
iv. Projek bukan untuk tujuan keperluan/aset individu dan tidak terletak di atas tanah milik persendirian serta tidak melibatkan pengambilan tanah; dan
v. Projek hendaklah tidak bertindih dengan projek yang telah memperoleh kelulusan peruntukan daripada agensi Kerajaan lain (Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri).