Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.5 peratus bagi simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan syariah bagi tahun kewangan 2023, dengan keseluruhan jumlah pembayaran sebanyak RM57.81 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pendapatan pelaburan kasar KWSP tahun lalu adalah berjumlah RM67.39 bilion, berbanding RM55.33 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

“Jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) yang direkodkan pada 2023 adalah berjumlah RM1,136 bilion, 13.3 peratus lebih tinggi berbanding 2022,” katanya pada majlis pembentangan prestasi KWSP bagi tahun 2023 di sini semalam. – KOSMO! ONLINE