Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Selangor bersedia meneliti setiap seksyen dalam enakmen jenayah syariah di negeri ini sama ada termasuk dalam senarai 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri juga menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar menghormati Perlembagaan Persekutuan.

“Kita akan meneliti dan melihat satu persatu (setiap seksyen dalam Enakmen Jenayah Syariah negeri) apa kesannya dan sebagainya.

“Tetapi kita akan patuh titah Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) agar menghormati Perlembagaan Persekutuan di samping menunggu pemerkasaan mahkamah syariah.

“(Akan keluar kenyataan rasmi) ..selepas kita teliti sebab perkara ini dibincangkan dalam Jawatankuasa Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya kepada BH hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.-BH Online