Sorting by

×
Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil during an interview with the media regarding the progress of 5G being rolled out and its direction. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star
Hantar Berita Ini:

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menegaskan bahawa pendakwaan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor pagi ini bukan pendakwaan terpilih atau pendakwaan politik.

“Pendakwaan ke atas Sanusi tiada kaitan dengan politik. Kertas pendakwaannya ialah menyentuh institusi raja,” katanya kepada media ketika melawat pejabat Media Perpaduan sebentar tadi.

Fahmi turut menyoroti kronologi kes ini.

“Ahli Dewan Diraja Selangor telah membuat laporan polis kerana Sanusi menghina martabat raja.

“Ketua Polis Negara, Perdana Menteri dan Sultan Selangor sendiri telah memberi peringatan agar tidak menyentuh isu 3R. Yang sentuh juga kenapa?

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada naratif pendakwaan terpilih dan politikal yang dibangkitkan oleh Sanusi setelah mendapat ikat jamin.

Pagi ini Sanusi didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina kewibawaan Sultan Selangor dalam pelantikan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan kewibawaan Agong dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan

Fahmi turut menjelaskan bahawa pihak polis bersikap profesional dalam menjalankan tugas dan penahanan pukul 3 pagi dibuat atas pertimbangan ketenteraman awam.

Fahmi turut menafikan dakwaan Sanusi berkenaan hak bersuara.

“Kita ada hak bersuara tapi kita rak bebas untuk fitnah dan membangkitkan isu perkauman. Ini yang dimaksudkan dengan kebebasan.

Fahmi turut menasihatkan ahli politik yang akan bertanding di dalam pilihan raya negeri di enam negeri 12 Ogos.

“Jangan langgar adab, jangan langgar undang-undang. Biar kempen secara bersih dan sihat,” katanya.