Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen wajar memilih hanya satu pencen sahaja dan menolak yang lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu dilihat sebagai memenuhi tanggungjawab moral mereka.
Langkah tersebut wajar memandangkan terdapat bekas menteri, menteri besar dan pegawai kerajaan yang menerima tiga hingga empat pencen.
“Orang yang dapat gaji (seperti) menteri, menteri besar atau pekerja jabatan kerajaan (ada) yang dapat tiga, empat pencen. (Jadi) memenuhi tanggungjawab moral (seharusnya) dia menolak pencen yang lain dan memilih satu (pencen).
“(Tetapi) itu mungkinlah, terserah kepada mereka,” katanya.
Anwar berkata ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60 Zoo Negara di sini.-Berita RTM