Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Lebih dua juta pengunjung dianggarkan hadir bagi meraikan sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves hari ini.

Orang ramai terutamanya penganut agama Hindu mula memasuki lokasi berkenaan seawal 6 pukul pagi.

Acara perarakan kavadi dengan variasi rekaan kreatif antara yang paling menarik perhatian pelancong.

Penganut Hindu dilihat memikul kavadi sebagai tanda menunaikan nazar selain membawa ‘Paal Kudam’ dan mencukur rambut sebagai penghargaan kepada Dewa Murugan yang telah memakbulkan doa mereka.

Semalam Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya mengambil semua langkah dan persediaan awal bagi menjamin keselamatan pengunjung.

Menurutnya, hampir 2,000 anggota polis  ditempatkan di sekitar kawasan Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan perayaan Thaipusam kali ini.

Ia membabitkan pegawai dan anggota dari kontinjen Selangor, Bukit Aman dan kontinjen luar bagi memastikan kelancaran lalu lintas berikutan kehadiran ribuan penganut agama Hindu yang membanjiri kawasan berkenaan.-Berita RTM