Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Proses pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tidak akan ditangguhkan memandangkan beberapa isu teknikal yang dibangkitkan telah segera diselesaikan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pada waktu ini kita dapati sistem terbabit berjalan dengan lancar. Malah, isu yang dibangkitkan berjaya diselesaikan dalam masa sangat singkat dan pemantauan mengenai aspek keselamatan terus dilakukan,” katanya pada sidang media, di sini.

Fahmi mengulas gesaan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming, agar kerajaan menangguhkan proses pendaftaran PADU sehingga beberapa kecacatan keselamatan diperbetulkan.

Tambah Fahmi, isu teknikal dan keselamatan khususnya data peribadi, sentiasa dititikberatkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli serta pasukan PADU dan Jemaah Menteri turut dimaklumkan tentang keselamatan siber yang menjadi keutamaan dalam sistem PADU itu.-Berita RTM