Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Banjir di Kelantan makin buruk dengan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 12,645 mangsa pagi ini, berbanding 11,329 mangsa malam tadi.

Semua mangsa banjir membabitkan 3,876 keluarga itu ditempatkan di 83 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah.

Sehingga jam 8 pagi ini, lapan daerah di Kelantan yang dilanda banjir adalah Pasir Mas, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Gua Musang, Jeli, Pasir Puteh dan Kota Bharu.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merekodkan mangsa paling ramai iaitu 7,210 orang yang berlindung di 26 PPS manakala Kuala Krai merekodkan 2,666 mangsa di 25 PPS, Tanah Merah 1,801 mangsa di 19 PPS, Machang merekodkan 468 mangsa di enam PPS diikuti Gua Musang 271 mangsa di lima PPS.

Selain itu Jeli membabitkan 255 mangsa di dua PPS dan Kota Bharu merekodkan 35 mangsaserta Pasir Puteh 39 mangsa.-BH Online