Datuk Seri Mohamad Sabu dipilih semula sebagai Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagi penggal 2023-2026 dalam konvensyen yang diadakan hari ini.
Ia menjadi penggal terakhir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu mengemudi parti yang mempunyai lebih 200,000 ahli itu.
Timbalan Presiden Amanah pula kini milik Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Jawatan itu sebelum ini pernah disandang oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu.
Bagi jawatan Naib Presiden, ia disandang oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Dr Dzulkefly sebelum ini adalah Pengarah Strategi Amanah bagi penggal 2019-2013.
Turut dilantik sebagai Naib Presiden ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.
Terdahulu seramai 1,003 perwakilan memilih 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah bagi penggal 2023-2026.
Menurut perlembagaan Parti Amanah, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk Presiden ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan tertinggi yang dipilih oleh perwakilan, dan seseorang itu hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut.
Presiden
Datuk Seri Mohamad Sabu
Timbalan Presiden
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof
Naib Presiden
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Siti Mariah Mahmud
Adly Zahari
-Harian Metro