Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas kritikan ekoran kenyataannya mengenai penguasaan Bahasa Malaysia (BM) dan berkait dengan permohonan pasport perjalanan di Imigresen membabitkan insiden di Johor Bahru yang tular di media sosial.

Beliau membidas dalam status terkini di media sosial platform X bagi menjawab kritikan seorang netizen yang dipercayai peguam, Michelle Yesudas.

Saifuddin menyatakan beliau tidak pernah membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia wajib perlu menguasai hikayat sastera dan sebagainya.

“Bahasa Melayu ini Bahasa Kebangsaan. Rakyat Malaysia kena faham perkara asas ini. Tak perlu sampai baca semua hikayat untuk kita berinteraksi dalam Bahasa Melayu.

“YAB PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam surat menyurat yang melibatkan kerajaan. Tiada kompromi,” melalui ciapannya.

Beliau mengulas demikian selepas peguam itu dalam ciapannya berkongsi status teks sebagai mengkritik kenyataan awal Saifuddin dan berbunyi; “If Saifuddin wants to make BM mandatory for all passport holders, he has to prove his BM is sasterawan, karyawan negara level (national laureate level). Have to know full tatabahasa, habis baca semua hikayat, panji-panji boleh bagi bukti ya oh and maybe not lose elections”.

Sebelum itu, satu dakwaan oleh seorang Senator Dewan Negara, Ti Lian Ker kononnya kelakuan pegawai imigresen dalam layanan terhadap pemohon memperbaharui pasport hanya kerana tidak berupaya bertutur dalam Bahasa Malaysia tidak boleh diterima.

Menurutnya pemimpin MCA itu, terdapat pelbagai kaedah lain untuk menguruskan sebarang syak wasangka mengenai kewarganegaraan. – MalaysiaGazette