Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

MALAYSIA konsisten mengecam sikap kuasa besar dan negara barat yang membiarkan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan beberapa pemimpin negara telah menghubungi rakan sejawat di dunia Islam dan serantau dalam usaha membantu meredakan tekanan penduduk Palestin khususnya di Gaza.

“Saya dalam dunia politik lama tetapi saya tidak terfikir akan muncul di zaman kini gelagat kelompok manusia sekejam itu.

“Kita menyaksikan dalam sejarah episod getir dan gelap tetapi itu diteruskan dan disahkan dibiarkan kuasa-kuasa besar pelopor demokasi kebebasan liberalisme barat dan Amerika Syarikat, itu sangat membingungkan,” katanya.

Beliau berkata demkkian pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau akan mengulas lanjut perkembangan mutakhir mengenainya di sidang Parlimen hari ini. -Media Perpaduan