Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Hari Sukan Negara di Putrajaya dengan dihadiri ribuan peserta serta diapit oleh Menteri Belia Dan Sukan YB Hannah Yeoh dan Timbalannya YB Adam Adli.

Anwar dalam ucapan perasmiannya menyentuh kepentingan kegiatan sukan yang seharusnya dimulakan di peringkat awal lagi dan diteruskan sehingga ke sekolah, institut pengajian tinggi, alam pekerjaan dan seterusnya agar gaya hidup kita terus kekal aktif dan cergas melalui aktiviti sukan, fizikal dan seumpamanya.

Acara Hari Sukan Negara disambut secara tahunan pada hari sabtu minggu kedua Oktober dalam mengharmonikan agenda Nasional.

HSN juga berhasrat untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif selaras dengan kerangka Malaysia Madani dan visi Sukan Negara 2030. – Media Perpaduan