Sorting by

×
Screenshot
Hantar Berita Ini:

KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir, berkenan melantik enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) sekali gus membolehkan pentadbiran kerajaan negeri kembali dibentuk hari ini selepas berdepan kemelut hampir empat bulan.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah jawatan berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, di sini, sebentar tadi.

Turut berangkat ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, mengumumkan nama-nama ADUN yang membarisi senarai barisan EXCO.

Mereka yang dilantik membabitkan empat daripada Barisan Nasional (BN)/UMNO iaitu ADUN Kota, Suhaimi Aini; ADUN Senaling, Mohamad Qayyum Abd Jalil; ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dan ADUN Repah, Koh Kim Swee (MCA).

Selain itu, ADUN Gemas daripada WAWASAN, Ridzuan Ahmad dan ADUN Bagan Pinang, Abdul Fatah Zakaria daripada PAS.

Ismail mengucapkan tahniah kepada semua ADUN yang diperkenankan pelantikan sebagai EXCO serta menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas perkenan terhadap pelantikan berkenaan. -BH Online