Sorting by

×
Screenshot
Hantar Berita Ini:

SHAH ALAM: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di tiga negeri iaitu Sarawak, Kedah dan Perlis bermula 3 hingga 5 September ini, susulan jerebu yang semakin teruk di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pelaksanaan OPA dengan kerjasama Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilakukan secara berperingkat di lapan lokasi di Sarawak iaitu Empangan Batang Ai, Bakun, Murum, Bengoh, Gerugu, Assyakirin, Sika dan Matang.

Di Kedah, operasi itu akan dilaksanakan di Empangan Pedu, Muda, Ahning dan Beris serta Empangan Timah Tasoh di Perlis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Belia Desa 2026 di sini, hari ini -BH Online