Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Ruang awam bersejarah, Medan Pasar akan dinaik taraf sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar Sponge City  yang lebih berdaya tahan terhadap hujan lebat dan perubahan iklim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata projek itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Creador, dengan menerapkan penyelesaian berasaskan alam semula jadi, termasuk sistem pengurusan air hujan yang lebih mampan.

Beliau berkata usaha pemulihan itu juga bertujuan menjadikan kawasan berkenaan lebih terbuka, mudah diakses dan mesra komuniti, di samping mengekalkan ciri-ciri sejarah dan warisannya.

“Ini bukan sekadar mahu mencantikkan Medan Pasar. Kita mahu ruang awam yang berfungsi lebih baik untuk rakyat dan bandar,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook hari ini.

Medan Pasar, yang juga dikenali sebagai Market Square, terletak berhampiran kawasan Masjid Jamek di pusat Kuala Lumpur dengan mercu tanda berdekatan, termasuk Central Market, Chinatown dan Dataran Merdeka.– BERNAMA