Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Faisal Iswardi Ismail dilantik sebagai ketua pengarah baharu lembaga itu.

Watikah pelantikan beliau yang berkuat kuasa 1 Ogos lalu, disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sebelum mesyuarat pasca-Kabinet hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Mohamad turut mengucapkan tahniah kepada Faisal Iswardi atas pelantikan itu.

“Amanah yang dipikul bukanlah kecil kerana FAMA memainkan peranan penting dalam membantu memasarkan hasil pertanian tempatan, memperkukuh rantaian bekalan makanan dan meningkatkan pendapatan petani serta usahawan agromakanan.

“Selamat menjalankan amanah dan semoga dipermudahkan segala urusan,” katanya.-BERNAMA