Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengadakan perbualan telefon dengan Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay, serta mengucapkan tahniah atas amanah besar yang sedang digalas beliau demi rakyat negeri itu.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, dalam perbualan tersebut, beliau turut memaklumkan mengenai lawatannya ke India pada September depan bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS serta mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Menurut Perdana Menteri, sekiranya berkesempatan, lawatan itu juga akan disusuli dengan kunjungan singkat ke Tamil Nadu.

“Semoga CM Vijay terus diberikan kekuatan dan hikmah untuk memimpin serta mentadbir dengan baik demi kesejahteraan rakyat dan masa depan yang sempurna buat Tamil Nadu,” kata Anwar dalam hantaran itu.

Vijay mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Tamil Nadu 2026, awal bulan ini.

Kerajaan pimpinannya disokong 144 anggota Dewan, manakala 22 undi menentang dalam Dewan yang mempunyai 234 kerusi.-Astro Awani