Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

MANJUNG: Malaysia secara rasmi menghantar notis tuntutan lebih RM1 bilion kepada sebuah syarikat pertahanan Norway susulan kegagalan menghantar sistem peluru berpandu antikapal (NSM) untuk Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan menuntut kos langsung dan tidak langsung susulan keputusan unilateral Norway menarik balik lesen eksport bagi sistem pertahanan berkenaan.

Beliau berkata, Malaysia sudah membuat bayaran €126 juta (RM583 juta), bersamaan 95 peratus daripada nilai kontrak sebelum lesen itu dibatalkan.

“Semalam, kami telah menghantar notis kepada syarikat Norway itu. Kami menuntut kos langsung dan tidak langsung.

“Kos langsung berjumlah €126 juta , iaitu jumlah yang telah kami bayar kepada mereka,” katanya.

Laporan sebelum ini menyebut, syarikat pengeluar peluru berpandu Kongsberg Defence & Aerospace berkata, kontrak perolehan NSM telah ditandatangani pada April 2018 bagi melengkapkan enam LCS milik Malaysia.-BH Online