Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KANGAR, 13 April -Masyarakat diseru bersama-sama memelihara khazanah budaya negara, termasuk sambutan Songkran yang mencerminkan kepelbagaian warisan di Malaysia.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, usaha memelihara khazanah itu merupakan tanggungjawab bersama agar ia terus kekal terpelihara.

Beliau turut menyarankan agar pengamal media memberikan liputan yang lebih meluas terhadap etnik Siam di negara ini, memandangkan masih ramai yang kurang mengetahui kewujudan serta peranan penting komuniti tersebut dalam landskap masyarakat Malaysia.

Pada masa sama, beliau berharap usaha itu dapat meningkatkan kesedaran awam sekali gus mengangkat keunikan budaya etnik Siam sebagai sebahagian daripada warisan kepelbagaian negara.

“Kekeliruan yang sering timbul, termasuk tanggapan bahawa etnik Siam hanya wujud di Thailand perlu diperbetulkan melalui penyampaian maklumat yang tepat dan berterusan.

“Naratif kepelbagaian ini perlu diangkat secara lebih meluas agar masyarakat dapat memahami, menghargai dan seterusnya memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Perayaan Etnik Siam Songkran Peringkat
Kebangsaan di Wat Macchimaprasit, Jejawi, di sini.-Berita RTM