Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

CADANGAN agar UMNO bertanding sendiri dalam pilihan raya tanpa Pakatan Harapan (PH) bukan kenyataan rasmi parti itu, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Menurutnya, cadangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil itu
hanyalah pendapat peribadi pemimpin itu.

“Itu Isham Jalil yang cakap, bukan UMNO yang cakap…ia tidak mewakili UMNO, hanya seorang pemimpin sahaja,” katanya pada sidang media laluan Kontra Rapid KL No 3, di Hentian Bas KL1937 LRT Masjid Jamek, di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Isham mencetuskan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan beliau tidak pernah bersetuju untuk UMNO bekerjasama dengan PH bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Sebaliknya, beliau menegaskan hanya bersetuju UMNO bergabung dengan PH untuk membentuk Kerajaan Perpaduan seperti dititah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Susulan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Isham mendedahkan analisa bahawa Barisan Nasional (BN) kehilangan 27,000 undi Melayu.

Meskipun calon Kerajaan Perpaduan menang di dua kerusi berkenaan, Isham mendakwa prestasi UMNO dalam pilihan raya itu dilaporkan semakin buruk kerana bekerjasama dengan DAP. – Media Perpaduan

Red Heart

Reply

Edit

Copy Selected Text

Pin

Forward

Select

Delete