Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pengeluaran beras putih tempatan di seluruh negara dapat dipulihkan dalam tempoh sebulan menerusi Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT).

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengambil beberapa langkah intervensi termasuk meminta pengilang meningkatkan 20 peratus bekalan beras putih tempatan di pasaran bagi penyelesaian jangka pendek.

“Bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) ada di sini dan dijual pada harga kawalan RM2.60/kg.

“Memang berlaku kekurangan di sesetengah tempat dan saya telah mengarahkan pihak KPB dan Fama untuk melakukan intervensi bagi menangani kekurangan BPT di pasaran ketika ini,” kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) juga telah diarahkan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan bagi mengekang sebarang salah laku berkait dengan padi dan beras dalam negara.”

Beliau berkata demikian setelah meninjau sendiri bekalan makanan dan keperluan harian di Pasaraya Giant Tampoi.