Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KHAN YOUNIS, 28 Disember – Khemah-khemah di Khan Younis, Gaza berkibar ditiup angin kencang memberikan perlindungan terhad kepada ramai penduduk Palestin yang bergelut menampal khemah dengan plastik atau kain bagi melindungi diri daripada kesejukan.

Cuaca buruk dan hujan lebat menjejaskan wilayah Gaza yang musnah akibat perang, menyebabkan air memasuki khemah penduduk.

Pihak berkuasa Gaza memberi amaran lebih banyak bangunan rosak berisiko runtuh dan menyukarkan proses mengeluarkan mayat dari runtuhan.

Pelan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada September lalu menetapkan gencatan senjata awal dan langkah ke arah keamanan yang lebih luas, termasuk pembebasan tebusan serta penarikan sebahagian tentera Israel.

Pelan itu menuntut Hamas melucutkan senjata dan tidak memainkan peranan pentadbiran di Gaza, sementara Israel menarik diri. Hamas hanya bersetuju menyerahkan senjata selepas penubuhan negara Palestin, yang ditegah Israel.

Keganasan berkurangan namun tidak berhenti sepenuhnya sejak gencatan senjata berkuat kuasa. Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan lebih 400 orang terbunuh. -REUTERS