Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA TERENGGANU, 28 Disember – Jumlah penduduk di Terengganu yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan terjejas banjir gelombang ketiga terus menunjukkan penurunan ketara.

Berdasarkan portal Info Bencana JKM, setakat 1:00 tengah hari, hanya 68 orang daripada 18 keluarga masih berlindung di tiga PPS di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Sementara itu Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering masih menempatkan 52 orang daripada 13 keluarga.

Di SK Kompleks Mengabang Telipot pula 15 orang, manakala di Sk Tok Jembal masih berbaki seorang.-Berita RTM