Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 28 Disember – Penternak tempatan mula membuat persiapan bekalan daging bagi menghadapi bulan Ramadan serta sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, bekalan daging negara sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat, termasuk ketika permintaan meningkat pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha.

“Persiapan bekalan daging sudah pun dimulakan dari sekarang oleh penternak tempatan. Ia dilakukan melalui perancangan awal, serta kerjasama penternak dan sokongan dasar yang betul, bekalan daging untuk rakyat tahun hadapan juga akan terus terjamin.

“Insya-Allah, keperluan asas rakyat akan dijaga, dan keselamatan makanan negara akan terus dipelihara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Umat Islam dijangka menyambut Ramadan pada bulan Februari, manakala Aidilfitri pada akhir Mac 2026.-Berita RTM