Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Rang Undang-Undang Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia akan dibentangkan semasa sesi Dewan Rakyat bulan hadapan.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Azalina Othman Said menerusi ciapan di X.

“…RUU Suruhanjaya Kanak-Kanaktelah digubal dengan harapan bahawa ia akan dibawa ke Parlimen semasa sidang Parlimen bulan Oktober 2023,” katanya.

Beliau yang telah menerima syor dari aktivis hak kanak-kanak dan pertubuhan bukan kerajaan berkata perlindungan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama setiap rakyat Malaysia.

“Dalam kita meraikan 66 tahun kemerdekaan, kita mesti mengukuhkan integriti nasional dengan memperjuangkan hak setiap kanak-kanak.

“Kerajaan Madani komited terhadap mempertahankan hak kanak-kanak dan mengiktiraf kepentingan ketelusan badan pemantau bebas seperti Pejabat Suruhanjaya Kanak-Kanak.

Dengan menjaga keselamatan kanak-kanak, kita menjaga masa hadapan negara kita,” katanya.