GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang meluluskan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak 0.75 bulan gaji atau tiga per empat daripada jumlah sebulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri, bulan depan.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata BKK itu sebagai tanda penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang yang berjumlah 3,954 orang.
“Sukacita saya umumkan BKK sebanyak 0.75 bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Kon Yeow berkata, penyelia dan guru Kelas Al-Quran serta Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), guru SekolahMenengahAgama Rakyat (SMAR), kakitangan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR),Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) turut menerima imbuhan sebanyak RM300 secara ‘one-off’.
Tambahnya, pengagihan imbuhan sekali beri itu turut melibatkan guru tahfiz, guru pondok, guru tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolahpersendirian Cinanegeri Pulau Pinang berjumlah keseluruhan 3,358 penerima.
Beliau memaklumkan, BKK dan bayaran imbuhan secara ‘one-off’ berkenaan bakal melibatkan unjuran implikasi kewangan berjumlah RM11.49 juta dengan pembayaran akan dibuat pada Disember 2025.-BH Online
