Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang meneliti cadangan menetapkan penggunaan pengesahan identiti pengguna atau ‘electronic Know Your Customer’ (eKYC) bagi aplikasi dan permainan dalam talian sebagai langkah memperkukuh keselamatan pengguna, khususnya kanak-kanak.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata langkah itu dipertimbangkan selepas menerima laporan berhubung kes seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang menjadi mangsa rogol selepas berkenalan dengan seorang dewasa melalui aplikasi OMI.

“OMI ini adalah aplikasi yang sedikit berbeza. Saya sendiri tidak pernah menggunakannya, tetapi difahamkan ia disalah guna oleh seorang kanak-kanak untuk berkenalan dengan orang dewasa, dan akibat pertemuan itu dia menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di sini, hari ini.-BH Online