WASHINGTON, 20 Oktober– Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad mengesahkan bahawa gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza masih berkuat kuasa.
Jelasnya, meski wujud kekecohan, perkara itu akan ditangani sebaik mungkin.
“Ya masih berkuat kuasa. Kami mahu pastikan keadaan dengan Hamas akan kekal aman. Seperti yang anda tahu, mereka agak agresif kebelakangan ini, ada insiden tembakan dan kami percaya mungkin kepimpinan mereka sendiri tidak terlibat, mungkin dilakukan oleh pemberontak dalam kalangan mereka.
Apa pun, perkara ini akan ditangani dengan tegas, tetapi secara betul,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditanya mengenai situasi semasa di wilayah berkenaan.
Terdahulu, serangan udara Israel mengorbankan 26 orang di Gaza, menurut pihak berkuasa tempatan dan penduduk. -REUTERS