Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Sarawak bakal membina jajaran jalan baharu di utara negeri itu yang menghubungkan Marudi ke Long Terawan di Mulu, sejauh 300 kilometer, bermula tahun depan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek tersebut dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun untuk disiapkan.

Menurut beliau, laluan itu akan menghubungkan kawasan utara termasuk Lawas dan Limbang, sekali gus membuka lebih banyak akses ke kawasan luar bandar yang sebelum ini masih terpinggir.

Beliau berkata demikian kepada media di Kuching, sambil menegaskan bahawa pembinaan jalan tersebut diyakini akan menjadi pemangkin utama kepada pembangunan sosioekonomi luar bandar Sarawak.-Berita RTM