Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

253 projek pembinaan melibatkan 29.25 peratus berada dalam kategori awal dari jadual, (AOT), manakala 266 projek pembinaan atau 30.7 peratus mengikut jadual yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan dua kriteria berkenaan, antara 865 projek bernilai RM49.67 bilion.

Sementara itu, terdapat 383 projek pembinaan yang telah siap melibatkan RM16.36 bilion.

Projek pembinaan tersebut melibatkan pembinaan jalan, bangunan, jambatan dan pembaikan cerun.

Bercakap selepas mengadakan lawatan kerja di sini, beliau menasihatkan kontraktor-kontraktor terlibat tidak mengulangi masalah-masalah kontraktor terdahulu yang menyebabkan projek-projek lewat.

Di Kedah, terdapat 60 projek pembinaan melibatkan peruntukan RM3.1 bilion, manakala 83 projek dalam perancangan dengan nilai RM35 bilion.-Berita RTM