Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Isu pelancongan dan alam sekitar bakal dibincangkan secara lebih terperinci dalam konteks pindaan Perlembagaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak menghadapi masalah, namun perbincangan tertumpu kepada aspek perundangan berhubung pengagihan kuasa.

“Kedua-dua perkara ini tidak wujud ketika Perlembagaan digubal dahulu, namun mulai tahun 1992 ia dimasukkan ke dalam Senarai Persekutuan.

“Sepatutnya wujud konsultasi dengan negeri-negeri sebelum ia dimasukkan ke dalam mana-mana senarai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1/2025 di Kompleks Satria Pertiwi di sini hari ini.

Menurutnya, cadangan terbaharu adalah supaya kedua-dua bidang itu dipertimbangkan semula untuk dimasukkan ke dalam senarai yang lebih sesuai, dengan mengambil kira pandangan semua negeri.

Setakat ini, pindaan melibatkan isu alam sekitar telah dipersetujui dan dijangka dibentangkan dalam Parlimen pada Disember ini.

Manakala isu pelancongan akan terus diperhalusi sebelum sebarang keputusan dibuat.-Berita RTM